SOALAN LAZIM MENGENAI : PENYIAPAN KERJA
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Bolehkah Perakuan Siap Kerja dikeluarkan sebelum tarikh siap asal dalam kontrak. Boleh, jika kerja telah siap secara praktikal dan Pegawai Penguasa berpuashati. 
2. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiapan kerja yang praktikal. Penyiapan kerja yang praktikal adalah apabila semua skop kerja telah siap mengikut kontrak serta semua kemudahan/ peralatan dapat berfungsi dengan baik dan sekiranya terdapat kerja-kerja kecil yang belum disiapkan ianya boleh disiapkan tanpa mengganggu ke 
3. Adakah perlu diadakan pemeriksaan bersama sebelum Perakuan Siap Kerja dikeluarkan? Adalah menjadi satu amalan yang baik untuk melakukan pemeriksaan bersama oleh Pegawai Penguasa atau wakil PP, kontraktor, pelanggan dan pegawai-pegawai lain yang terlibat sebelum Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Jadual Kerja Tidak Siap disediakan (sekiran 
4. Bolehkah Kerajaan mempertimbangkan permohonan kontraktor untuk menyerahkan sebahagian dari kerja-kerja yang telah disiapkan? Tidak boleh kecuali atas kehendak Kerajaan berdasarkan Fasal 42 – Pendudukan Separa oleh Kerajaan. 
5. Perlukah dikurangkan amaun LAD setelah Perakuan Pendudukan Separa dikeluarkan?. Ya, contoh pengiraan adalah seperti berikut: Contoh Pengiraan Baki LAD i.Harga Kontrak :RM12,000,000.00 ii.LAD (seperti dalam Dokumen Kontrak) :RM3,726.00/sehari iii Anggaran Nilai Kerja Siap Yang Akan Diambilmilik: RM1,565,200.00  iv.Baki LAD adalah [(12,000,000.00 - 1,565,200.00) x 3,726.00]/12,000.000.00 = RM3,240.00/sehari
6. Sekiranya tarikh siap jatuh pada hari Ahad atau cuti umum, perlu atau tidak dianjak tarikh tersebut? Tidak perlu 
7. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
8. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
9. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
10. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
11. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan